CF nk share sket apa yg CF baca dlm laman blog I LOVE ISLAM kejap td. Takde pulak dia bgtau artikel tu ditulis oleh siapa. Jd CF nk share sini secara ringkas la apa yg CF dpt dr artikel tu.
Sbg bakal isteri org, CF rs wajar la utk kta mempersiapkan diri dgn tahu ttg adab2 yg perlu kta jga di depan si suami. Oke jom kta baca, hayati, fahami dan praktikkan kelak, oke!
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. Ok, CF kena belajar menjadi pendengar dan kurgkan membebel bila dia bercakap.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Kita sndri pun x suka bila kta marah2 tp org menjawab kn?
3. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Kdg2 si suami ni hanya mengusik. Atau mungkin kadang2 diorg x perasan diorg menyakiti hati isteri. So sbg isteri yg lembut hatinya, bersabar sahaja dgn sikap si suami tu.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Yg ni no komen lah, sbb CF rse itu atas keselesaan masing2. Kadang2 org lelaki ni diorg akan pandai2 sendiri bila janggut/ misai dh pnjang, so jarang la isteri yg smpat ptong janggut suami yg dh panjang rasanya.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Maksudnye kat sini, bila suami mintak tolong amik smthing ke, jgn lah duk lengah2. Terus pegi amik ape yg dia minta tu.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Masa becinta dlu sah2 la penah tanya "U suka makan apa?" kn? Atau mungkin waktu kua bsama mesti dpt perhati apa yg si dia suka makan/minum. Jd bila dh jadi isteri, masa ni la nk praktikkan pengetahuan tu, ye tak? "ikat hati suami dgn mengikat perut dia"
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Kpd bakal2 isteri yg x pandai menjahit (termasuk CF sendiri la ) kne la bljar2 menjahit ye. Paling tak pun jahitan2 asas mcm jahit butang ke..
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami. Ikot la apa yg selalu nya wajib ada dalam poket si suami tiap kali dia keluar mcm sikat atau sapu tangan ke..
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Biasakan klau duk di rumah tunggu suami blk dr keje, hias2 la diri sikit, bersolek2 utk tatapan mata suami. CF x pasti bleh ke CF buat ni coz duk umah mmg selekeh gila CF ni. Hehehehe
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Kita dinikahkan dengan insan yg dicintai bukan semata2 dgn dirinya tp perlu terima dan menghormati seluruh keluarganya. Kena la beramah mesra dgn ahli keluarga si suami dgn seikhlasnya, lebih2 lg kedua org tua dia..
P/s: artikel penuh di sini
No comments:
Post a Comment